Saturday 2 March 2013

Blog-kun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
^_____^

Wah, akhirnya saya berjaya beranikan diri untuk buat blog! Em... walaupun masih banyak lagi nak kena belajar pasal blog ni! Betul! Dah umur hampir 24 tahun pon tak tahu buat blog lagi. Pss... saya belajar buat blog pon daripada adik saya... (haihh). Kan blog-kun? ^_^ .. Yelah, masa tetap berjalan. Kalau kita leka dan tak segera belajar sesuatu yang baru dalam hidup, tengok macam contoh saya ni, generasi muda juga yang terkehadapan (buat blog) berbanding saya.. Haha.. terasa tue pulak (saya generasi X) ^_^

Ok.. Kenapa Diari-kun ye? Sebab saya tak pernah rajin kemaskini diari. Ayah saya selalu pesan untuk tulis diari sebagai catatan. Bukan tak buat, tapi saya tak konsisten buat. Tak tahulah sebab saya memang tak suka menulis ke ataupun saya malas. Jadi saya harap dengan adanya blog-kun ni, saya akan rajin lagi buat nukilan hidup saya, kalau tidak melalui pen berdakwat, saya akan catat melalui pena maya ni. Boleh juga dijadikan motivasi untuk diri saya. Sebab moto hidup saya: Harapan saya adalah supaya kisah hidup saya menjadi "the bestseller" dalam dunia ini! Apa maksudnya? Saya sendiri masih mencari jawapannya ^_^

Oh ya.. Kalau ada sesiapa yang terbaca blog-kun ni, untuk pengetahuan saya sedang buat bisnes menjual pakaian muslimah. Masih lagi baru. Insyaallah dalam masa terdekat saya akan buat blog khas berkenaan dengan perniagaan saya yang tak seberapa ni. Jualan tak berapa bagus, tapi saya akan cuba untuk rajin perkembangkan perniagaan ni. Sebab saya ada cita-cita yang lebih besar. =)

Sekian sahaja. Saya akan sentiasa coret hidup saya atas nota maya ini di samping mencari bakal kawan-kawan-kun maya yang baru ^_^

Selamat berkenalan

No comments:

Post a Comment