Sunday 3 March 2013

Masa-kun

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

Petikan dari Surah Al-Asr


Assalamualaikum dan selamat malam
^___^

Tajuk diari-kun malam ini adalah masa. Seperti yang kita sedia maklum, setiap manusia diperuntukkan masa sebanyak 24jam sama rata, tiada seorang pun yang terlebih ataupun terkurang daripada jumlah tersebut. Seterusnya bergantung kepada setiap individu untuk membahagikan masa yang diperuntukkan. Persoalannya, kenapa ada sahaja salah seorang daripada kita yang sering mengeluh masa tidak cukup, masa berjalan begitu pantas, masa mencemburui kita dan banyak lagi yang tidak tercatat di sini (sekadar pandangan saya sahaja). Jawabnya adalah bagaimana kita mengurus masa. Masa tidak pantas, kerana ada juga yang mengadu masa terasa lambat berlalu. Masa adalah ukuran yang tetap. Sehari bersamaan dengan 24 jam, 1 jam bersamaan 60 minit, 1 minit bersamaan 60 saat, 1 saat? ^_^ (tak habis baca buku lagi).

Tak banyak perkongsian untuk tajuk ni. Insyaallah kalau saya rajin baca, saya akan kupas lebih lanjut tentang tajuk masa; sama ada sejarah, pandangan saintifik, fakta, dan lain-lain lagi.

Sekian sahaja. Tahniah kerana berjaya membaca sehingga ke akhir pena maya.
^_^


No comments:

Post a Comment